sila2 lah tengok..:)
Bahan-bahan 1 biji mangga muda [parut] 5 tangkai cili merah 10 tangkai ciliapi 4 cm belacan 1/2 cawan air asam jawa Cara Memasak 1. Masukkan semua bahan kecuali mangga dalam blender dan mesinkan sekejpa. 2. Masukkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan mangga muda. 3. Hidangkan dengan ikan bakar.
IKAN 3 RASA HAMIDAH
Bahan-bahan 1 ekor ikan bawal atau siakap [bersihkan dan kelar kedua belah badan] Tepung jagung [untuk salut ikan] 1 labu bawang besar ] mayang 2 ulas bawang putih ] 1 s/b halia Minyak untuk goring ikan Bahan Sos ½ cawan sos toamto 3 s/b sos cili 3 s/b sos tiram 3 s/b air 1 s/k gula Bahan Hiasan 1 pokok daun bawang [potong 3 – 4 cm] 2 biji cili merah ] 2 biji cili hijau ] mayang 2 biji buah tomato [belah 4 Cara Memasak 1. Sapukan tepung jagung disekeliling ikan. 2. Gorengkan ikan dalam minyak yg banyak sehingga masak dn kuning keeemasan. Angkat dan letakkan dalam pingan hidangan. 3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 s/b minyak untuk tumis bahan sos sehingga wangi. 4. Kacau rata sehingga mendideh. Masukkan bahan hiasan dan tutup api. 5. Curahkan kuah sos keatas ikan didalam pinggan hidangan.
RENDANG SOTONG HAMIDAH
Bahan-bahan 500 gm sotong sederhana 1 biji kelapa 2 s/b kerisik daun limau purut daun kunyit [jika suka] garam gula minyak Bahan mesin 20 tangkai cili kering 10 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 3 batang serai 3 sm lengkuas 3 sm halia 2 sm kunyit hidup Cara Memasak 1. Bersihkan sotong.Buangkan kulitnya dan basuh. Toskan kering. 2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan emsin sehingga naik minyak 3. amsukkan santan, kerisek, daun limau dan daun kunyit. 4. Kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik minyak dan pekat dan agak kering. 5. Masukkan sotong dan janggutnya [kepalanya]. Rasakan garam dan masukkan sedikit gula. 6. Masakkan sekejap dan biarkan sampai naik minyak . Jangan terlalu lama nanti sotong akan liat. 7. Angkat dan hidangkan.
Sambal Udang & Petai HAMIDAH
Bahan-bahan 500 gm udang [buangkan kulit dan bersihkan] 30 biji buah petai 1 labu bawang besar [potong gelang] ½ cawan jus asam jawa 3 s/b sos tomato Minyak Garam Gula Bahan Mesin 20 tangkai cili kering 10 biji bawang merah 2 ulas bawang putih Cara Memasak 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak. 2. Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kacau rata dn biarkan sehingga naik minyak. 3. Masukkan udang, petai , bawang besar dan garam serta sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api kecil. 4. Bila dah nampak pekat boleh tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan.
Bahan-bahan 4 ekor ketam [potong 2 dan bersihkan] 3 s/b minyak masak 3 s/besar sos cili 6 s/b sos tomato 1 cawan air 1 s/k garam 1 s/b gula 1/2 cawan nenas - jika suka [dipotong dadu] 2 biji tomato [dibelah] 1 biji telur [pukul sikit] 1 pokok daun bawang [mayang 1 inci] Bahan hiris 2 ulas bawang putih 1 labu bawang besar Cara Memasak 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi. 2. Masukkan air, sos cili, sos tomato dan ketam. Biarkan mendideh. 3. Masukkan garam dan gula sedikit. 4. Masukkan telur dan kacau sikit. Biarkan mendideh. 5. Masukkan buah tomato dan nenas dan kacau rata. 6. Bila dah nampak pekat masukkan daun bawang dan angkat. 7. Masukkan dalam pinggan besar.. ~ SELAMAT MENCUBE ~






No comments:
Post a Comment