Click the image to view it largeTuesday, September 16, 2008
Resipi Restoran Hamidah
sila2 lah tengok..:)
Bahan-bahan 1 biji mangga muda [parut] 5 tangkai cili merah 10 tangkai ciliapi 4 cm belacan 1/2 cawan air asam jawa Cara Memasak 1. Masukkan semua bahan kecuali mangga dalam blender dan mesinkan sekejpa. 2. Masukkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan mangga muda. 3. Hidangkan dengan ikan bakar.
IKAN 3 RASA HAMIDAH
Bahan-bahan 1 ekor ikan bawal atau siakap [bersihkan dan kelar kedua belah badan] Tepung jagung [untuk salut ikan] 1 labu bawang besar ] mayang 2 ulas bawang putih ] 1 s/b halia Minyak untuk goring ikan Bahan Sos ½ cawan sos toamto 3 s/b sos cili 3 s/b sos tiram 3 s/b air 1 s/k gula Bahan Hiasan 1 pokok daun bawang [potong 3 – 4 cm] 2 biji cili merah ] 2 biji cili hijau ] mayang 2 biji buah tomato [belah 4 Cara Memasak 1. Sapukan tepung jagung disekeliling ikan. 2. Gorengkan ikan dalam minyak yg banyak sehingga masak dn kuning keeemasan. Angkat dan letakkan dalam pingan hidangan. 3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 s/b minyak untuk tumis bahan sos sehingga wangi. 4. Kacau rata sehingga mendideh. Masukkan bahan hiasan dan tutup api. 5. Curahkan kuah sos keatas ikan didalam pinggan hidangan.
RENDANG SOTONG HAMIDAH
Bahan-bahan 500 gm sotong sederhana 1 biji kelapa 2 s/b kerisik daun limau purut daun kunyit [jika suka] garam gula minyak Bahan mesin 20 tangkai cili kering 10 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 3 batang serai 3 sm lengkuas 3 sm halia 2 sm kunyit hidup Cara Memasak 1. Bersihkan sotong.Buangkan kulitnya dan basuh. Toskan kering. 2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan emsin sehingga naik minyak 3. amsukkan santan, kerisek, daun limau dan daun kunyit. 4. Kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik minyak dan pekat dan agak kering. 5. Masukkan sotong dan janggutnya [kepalanya]. Rasakan garam dan masukkan sedikit gula. 6. Masakkan sekejap dan biarkan sampai naik minyak . Jangan terlalu lama nanti sotong akan liat. 7. Angkat dan hidangkan.
Sambal Udang & Petai HAMIDAH
Bahan-bahan 500 gm udang [buangkan kulit dan bersihkan] 30 biji buah petai 1 labu bawang besar [potong gelang] ½ cawan jus asam jawa 3 s/b sos tomato Minyak Garam Gula Bahan Mesin 20 tangkai cili kering 10 biji bawang merah 2 ulas bawang putih Cara Memasak 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak. 2. Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kacau rata dn biarkan sehingga naik minyak. 3. Masukkan udang, petai , bawang besar dan garam serta sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api kecil. 4. Bila dah nampak pekat boleh tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan.
Bahan-bahan 4 ekor ketam [potong 2 dan bersihkan] 3 s/b minyak masak 3 s/besar sos cili 6 s/b sos tomato 1 cawan air 1 s/k garam 1 s/b gula 1/2 cawan nenas - jika suka [dipotong dadu] 2 biji tomato [dibelah] 1 biji telur [pukul sikit] 1 pokok daun bawang [mayang 1 inci] Bahan hiris 2 ulas bawang putih 1 labu bawang besar Cara Memasak 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi. 2. Masukkan air, sos cili, sos tomato dan ketam. Biarkan mendideh. 3. Masukkan garam dan gula sedikit. 4. Masukkan telur dan kacau sikit. Biarkan mendideh. 5. Masukkan buah tomato dan nenas dan kacau rata. 6. Bila dah nampak pekat masukkan daun bawang dan angkat. 7. Masukkan dalam pinggan besar.. ~ SELAMAT MENCUBE ~
'menuju puncak'














Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan. Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka. Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain .







